REFLEKSI MINGGU 1
Pada
minggu pertama kami telah memulakan sesi kuliah kami dengan tugasan untuk
mencari bahan-bahan pengajaran yang berkaitan dengan BMM3053 Bahasa Melayu
Berbantukan Komputer dengan menggunakan enjin pencarian iaitu internet. Antara
bahan yang diperlukan ialah alamat internet iaitu imej, teks, audio, dan video.
Dalam katalog internet juga mestilah menyertakan tajuk, URL , dan sinopsis atau
pengenalan tajuk. Contohnya:
TAJUK
|
1. Kata Nama Am dan
Kata Nama Khas
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kepelbagaian
jenis kata nama dalam Bahasa Melayu
|
REFLEKSI MINGGU 2
Dalam minggu yang kedua ini kami telah diarahkan oleh pensyarah pembimbing untuk mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa. Terdapat tiga kemahiran bahasa yang ada dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur), Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Di sini, saya telah memilih Kemahiran Bahasa KSSR Tahun 1. Betapa pentingnya seorang guru untuk merujuk kemahiran-kemahiran ini kerana kemahiran inilah yang akan mendidik anak bangsa supaya tidak keluar dari jalan ilmu malah anak bangsa inilah yang akan menjadi tunjang untuk meneruskan perjuangan dan kepimpinan negara bagi menyambung generasi yang cemerlang dan gemilang di mata dunia. Banyak ilmu yang saya dapat perolehi semasa saya meneroka dan mencari maklumat-maklumat ini terutamanya ialah sebagai seorang pendidik bukan sahaja tanggungjawab adalah untuk mengajar semata-mata malah sebagai seorang guru mestilah melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang bermanafaat dan terus berusaha untuk memajukan diri dan sentiasa menuntut ilmu walaupun sudah bergelar seorang guru.
REFLEKSI MINGGU 3
Dalam minggu ini juga kami didedahkan dengan etika penggunaan internet dan betapa pentingnya hak cipta yang ada di negara mahupun di luar negara. Hak cipta adalah hak eksklusif yang
diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya
untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hak cipta di Malaysia
adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. pelanggaran hak cipta juga berlaku apabila seseorang, tanpa persetujuan
atau lesen tuan punya hakcipta itu, mengimport sesuatu artikel ke dalam
Malaysia bagi maksud:
(a) menjual, menyewakan atau dengan
cara dagangan, menawarkan atau mendedahkan artikel itu untuk
jualan atau sewaan;
(b) mengedar artikel itu:
i) bagi maksud dagangan; atau
ii) bagi apa-apa maksud lain ke tahap yang akan memudaratkan tuan punya hak cipta itu; atau
(c) dengan cara dagangan, mempamer
artikel itu kepada awam.
Begitu juga dengan etika penggunaan internet yang mana perlu mengambil
maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:
• Merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer, mendapatkan maklumat dan mengubah komponen sistem tanpa kebenaran
• Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen
• Menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan
• Menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah
•Menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat Internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej kerajaan dan banyak lagi.
Sebagai seorang pendidik, tanamkan niat yang suci dalam menuntut ilmu kerana niat itulah yang akan terus membimbing kita menuju ke jalan yang benar dan mencapai kejayaan yang suci lagi murni.
REFLEKSI MINGGU 4
Pada kali ini, tugasan kami yang seterusnya ialah pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran iaitu memilih bahan sastera, tatabahasa dan bahan bidang ilmu lain. Kami telah dibekalkan satu video iaitu 'Bawang Putih Bawang Merah' yang mana pensyarah turut serta memberikan tunjuk ajar dan cara bagaimana mengedit sebuah video yang akan menjadi bahan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di sekolah. Memang satu pengalaman yang baharu bagi saya kerana sebelum ini sungguh saya tidak pernah melakukannya dan dengan adanya pensyarah pembimbing iaitu Cikgu Firdaus Haji Abdul Salam, saya amat berterima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan malah ilmu yang dicurahkan akan saya gunakan sebaik-baiknya apabila sesudahnya saya menuntut di IPG ini. Terima Kasih Cikgu.
REFLEKSI MINGGU 5
Apa yang saya dapat kongsikan disini, saya sebagai guru pelatih merasa amat bertuah dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang pendidik yang berkaliber untuk masa depan kerana adanya inspirasi daripada seorang pendidik iaitu Cikgu Firdaus Haji Abdul Salam yang mana pensyarah ini sentiasa berbesar hati untuk membantu dan membimbing kami semua sehingga kesalahan yang kecil turut diperbetulkan sehingga membuahkan kejayaan dan hasil yang terbaik untuk kami semua (PISMP BM 1). Terima Kasih Cikgu.
Apa yang saya maksudkan disini ialah dalam membina tapak pembelajaran dalam tugasan minggu 5 ini, pensyarah sentiasa membimbing dari awal hinggalah terhasilnya tapak pembelajaran yang sesuai digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Saya telah memilih untuk membina tapak pembelajaran bagi Tahun 1 yang mana tapak ini sangat sesuai untuk tahap mereka yang mana tapak ini merupakan langkah awal untuk mereka menuntut ilmu untuk menjadikan diri mereka sebagai orang yang berguna kepada bangsa dan negara suatu hari nanti.

Sila lengkapkan catatan refleksi ini sekaranggggg!!!!
ReplyDelete