KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU
Objektif:
i.
Mendengar , mengecam, mengajuk dan menentukan
arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul;
Tajuk bahan: mengenal bunyi vokal (video)
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : bahan video ini merupakan
cerita tentang Kiko, Jiji dan Ngau. Cerita ini mengandungi pelbagai dialog
antaranya yang dikesan adalah penggunaan ayat tunggal, mengenal bunyi.
Contohnya, guru boleh menyebut contoh ayat majmuk dan ayat tunggal berdasarkan
cerita, guru juga menyanyi bersama murid-murid lagu bunyi vokal.
Ayat tunggal : Kiko, Jiji, dan Ngau bersahabat baik.
ii.
mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa
dengan betul;
Tajuk bahan: langkah 1 suku kata terbuka (video)
Kesesuaian bahan dengan kemahiran : bahan ini sangat
sesuai untuk diajar bagi tahap 1 kerana dalam bahan ini terdapat aktiviti
mendengar, mengecam, dan menyebut 1 suku kata terbuka, gambar juga disediakan
semasa aktiviti bagi memudahkan pembelajaran murid-murid tahap 1.
iii.
Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja
perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,
digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat.
tajuk bahan : membina suku kata (video)
kesesuaian bahan : bahan ini sesuai untuk pembelajaran
bagi membina dua suku kata.
iv.
Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan
ayat tunggal dengan betul dan tepat;
Tajuk bahan : Si Tanggang yang Derhaka (video)
Kesesuaian
bahan : bahan ini sesuai untuk murid Tahun 1 kerana video ini mengandungi
aktiviti mendengar ,memahami dan menyebut ayat tunggal yang terdapat dalam
cerita Si Tanggang.
v.
Mendengar, memahami dan memberikan respons
secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan
betul;
Tajuk bahan : Animasi Mat JAS mengenai pencemaran udara (video)
Kesesuaian
bahan : animasi ini sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) kerana
guru boleh meminta murid mendengar dengan teliti, memahami apa yang didengar
dan seterusnya memberikan respons terhadap video yang ditayangkan. Guru juga
boleh meminta murid memberikan
nilai-nilai murni yang terdapat dalam video.
vi.
bertutur dan berbual serta
menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi diksi, kata panggilan,
kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal
secara bertatasusila.
Tajuk
bahan: belilah barang Malaysia (video)
Kesesuaian
bahan: bahan ini juga sesuai kerana ia dapat membimbing murid bertutur dan
berbual dengan baik.
vii.
bercerita tentang sesuatu perkara
dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan
tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Tajuk
bahan: amalkan gaya hidup sihat (video)
Kesesuaian
bahan: bahan ini sesuai kerana ia dapat membimbing murid untuk berlatih
bercakap berpandukan cerita yang disampaikan dalam video.
viii.
berbicara untuk menyampaikan maklumat
tentang sesuatu perkara dengan tepat dengan menggunakan perkataan yang sesuai
secara bertatasusila.
Tajuk
bahan: budi bahasa budaya kita (video)
Kesesuaian
bahan: untuk menjadi panduan, teladan kepada murid untuk menjadi manusia yang
berguna pada masa akan datang.
VIDEO:
OBJEKTIF KEMAHIRAN MEMBACA
I.
Membaca pelbagai perkataan, frasa, dan
ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
Tajuk
bahan: Petikan: Si
Tanggang yang derhaka
KISAH TELADAN: SI TANGGANG YANG
DERHAKA
Si Tanggang tinggal bersama ibunya.
Kehidupan mereka amat miskin. Setelah Si Tanggang dewasa, dia dipelawa bekerja
oleh saudagar yang kaya raya. Lama kelamaan dia telah berkahwin dengan anak
perempuan saudagar tersebut. Kehidupan Si Tanggang menjadi senang dan kaya
raya. Tapi, setelah sekian lama Si Tanggang menjadi sombong dan bongkak dalam
sekelip mata.
Suatu hari, ibunya pergi
berjumpa dengan Si Tanggang setelah lama tidak berjumpa. Ibunya sangat merindui
Si Tanggang.
Tanggang anak mak.. ke
sini nak dah lama kita tak jumpa.. Eh.. siapa orang tua nie kesiannya.. kata
isteri Si Tanggang. Si Tanggang dengan sombongnya menghalau ibunya.. Eh! orang
tua! pergi kau dari sini! orang tua kotor! busuk! pergi balik! aku tidak kenal
kau.. pergi!… Tanggang sampai hati kau nak ini ibumu Tanggang.. rayu ibunya.
Tidak! Aku tidak kenal kau! Pergi kau dari sini!.. Si Tanggang terus menghalau
ibunya.. Tanggang… jerit ibunya.
Dengan hati yang hampa dan
pilu, ibunya menadah tangan dan berdoa kepada Tuhan.. Ya Tuhan kau berikanlah
petunjuk kepada anakku ini… tidak lama selepas itu bunyi kilat berdentum ,
hujan lebat yang dashyat pun turun. Si Tanggang yang sombong dan bongkak itu
memanggil ibunya.. tolong.. ibu tolong
ampunkan Tanggang ibu… tolong ibu tolong ampunkan Tanggang ibu..
Akhirnya, Si Tanggang menjadi batu dan seluruh anak
kapalnya.. Ini adalah balasan kepada Si Tanggang kerana derhaka kepada ibunya..
Kesesuaian
bahan: Membolehkan
murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan jelas.
II.
Membaca dan memahami perkataan dan
frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal
berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan betul;
Tajuk
bahan : kad membaca
pintar
Kesesuaian
bahan: bahan ini
adalah untuk melatih murid tahun 1 membaca diperingkat awal.
III.
Membaca ayat tunggal daripada pelbagai
bahan bacaan dengan sebutan yang betul;
Tajuk bahan:
Kesesuaian
bahan: bahan ini
sesuai dengan murid tahap 1 bagi latihan membaca ayat tunggal diperingkat awal.
IV.
Membaca dengan sebutan, intonasi dan
jeda mengikut tanda baca dengan betul
Tajuk
bahan: cerita pendek
ARNAB YANG PEMALAS
Cerita kanak-kanak tentang dua
sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab
dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu
hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba
musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak.
Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun
dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan
kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai.
“Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata
arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca
sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari
kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab.
“Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh
lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu,
hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.
“Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat
sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang
pemalas itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok
sahajalah,” kata arnab.
Kesesuaian
bahan: bahan ini
sesuai kerana ia cerita pendek dan mudah difahami oleh murid tahun 1. Guru membaca
cerita pendek diikuti oleh murid.
V.
Membaca dan memahami maklumat yang
tersurat daripada pelbagai bahan untuk
mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul
Tajuk
bahan: berita
KUALA LUMPUR:
Polis menahan empat guru, masing-masing tiga di Pulau Pinang dan seorang di
Parit Buntar, Perak hari ini berhubung kes kebocoran kertas soalan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng,
berkata tiga guru lelaki dan seorang guru wanita itu ditahan dalam operasi yang
bermula kira-kira jam 3.30 petang tadi.
"Sepasukan
polis daripada Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) membuat serbuan di
kawasan utara dan menangkap empat orang guru iaitu tiga lelaki dan seorang
wanita.
"Semua
mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau
Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam
serbuan itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini,
hari ini.
Setakat
ini, seramai 10 individu sudah diambil keterangan yang terdiri daripada enam
pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), seorang wartawan dan tiga guru.
Berikutan
kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan
selepas murid menduduki peperiksaan itu Khamis lalu manakala kertas peperiksaan
Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan.
LPM
menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas
itu.
Susulan
itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, mengumumkan Pengarah LPM, Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah
Operasi LPM, Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas sehingga siasatan mengenai
kebocoran kertas peperiksaan itu selesai.
Kesesuaian
bahan: Guru membaca
berita dan meminta murid untuk mengenalpasti idea utama.
VI.
Membaca, memahami dan menaakul
maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk grafik;
Tajuk
bahan: Grafik
Kesesuaian
bahan: meminta murid
memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul.
VII.
Membaca dan memahami pelbagai bahan
bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan
Tajuk
bahan: grafik
Kesesuaian
bahan: bahan ini
sesuai kerana terdapat unsur didik hibur dalam bahan grafik iaitu apabila guru
membaca teks yang terdapat dalam bahan grafik dan diikuti oleh murid.
OBJEKTIF
KEMAHIRAN MENULIS
I.
Melakukan
aktiviti pramenulis dengan betul;
Tajuk bahan: asas
pramenulis
Kesesuaian bahan: murid
akan melakukan asas pramenulis berpandukan bahan di atas dengan bimbingan guru.
Ii. Menulis secara mekanis
bentuk huruf dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup
dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas;
Tajuk bahan: pokok
grafik
Kesesuaian bahan: bahan
ini sesuai untuk murid tahun 1 kerana ia dapat menarik minat murid untuk
belajar. Murid akan diminta menulis bentuk huruf dan perkataan yang terdapat
dalam pokok frafik dengan bimbingan guru.
Iii. Menulis perkataan dan
frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal
berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul;
Tajuk bahan: grafik
Kesesuaian bahan: bahan
ini sesuai dengan murid tahun 1 kerana dalam bahan tersebut mengandungi grafik
yang sesuai dan memudahkan murid untuk menulis perkataan berdasarkan gambar yang
sesuai yang telah disediakan. Selain itu, aktiviti mewarna juga terdapat dalam
bahan tersebut yang akan menarik minat murid untuk belajar
Iv. Menulis secara mekanis
ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas;
Tajuk bahan: ayat
tunggal
Kesesuaian bahan: bahan
ini akan memudahkan murid untuk menulis secara mekanis ayat tunggal dengan
betul dan tulisan yang kemas berpandukan lembaran kerja ayat tunggal diatas
dengan bimbingan guru.
V. Membina dan menulis
perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
Tajuk bahan: grafik
Kesesuaian bahan: bahan
ini sesuai dengan murid tahun 1 kerana grafik yang disediakan sangat bersesuaian
dengan tahap murid. Murid akan membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat
dengan betul berdasarkan grafik yang diberikan dengan bimbingan guru.
Vi. Menulis imlak perkataan
dan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan
ejaan yang tepat;
Tajuk bahan: buah-buahan
Kesesuaian
bahan: bahan ini
sesuai dengan murid tahun 1 kerana perkataan di atas mudah dan sesuai untuk
murid tahun 1. Guru menyebut perkataan dan mengarah murid-murid menulis dan mencatat
dalam buku dan menulis dengan tulisan kemas dan cantik.
Vii. Mencatat maklumat
daripada pelbagai sumber dengan betul untuk diklasifikasikan;
Tajuk bahan: cerita
pendek
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU
Di sebuah lautan, terdapat
seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi
rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika
ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi
cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu.
Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan
lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh
nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan
kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan
mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun
Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi
cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah
batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba
mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak
usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang
menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.
Kesesuaian bahan: murid
dapat mencatat maklumat daripada cerita pendek tersebut untuk dijadikan
pengajaran.
Viii. Menulis untuk
menyampaikan maklumat yang tepat menggunakan bahasa yang santun;
Tajuk bahan: petikan
Pertuturan Dalam Pergaulan
Tuturkata
yang dikeluarkan oleh seseorang dapat mengukur sejauhmana kemahiran,
pengetahuan, buah fikiran,sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong
atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidahnya
dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. bercakap benar,
sopan santun, lembut dan lunak supaya sedap didengar dan elakkan daripada
mengeluarkan kata-kata kotor.
Dalam kehidupan kita seharian, wadah pergaulan
yang digunakan dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan. Umpamanya melalui
perbualan, penulisan atau perdebatan.
Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk
menyuarakan pendapat tentang apa sahaja sama ada dalam percakapan, penulisan
ataupun perdebatan. Walaubagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa
marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina,memaki hamun, mencaci,
mengeluarkan kata-kata kotor,mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan sebagainya
hingga menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara kita sesama Islam.
Ini kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturrahim, menimbulkan rasa
marah, rasa benci. permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan
kekacauan dan perbalahan.
Dalam hal ini bijak bestari pernah berpesan,
'berfikir itu pelita hati'. Pepatah Melayu pula mengatakan, 'kerana pulut santan
binasa, kerana mulut badan binasa'. Jika direnung, kedua-duanya memberikan
pengertian yang begitu mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa
menjaga kesopanan dalam percakapan seharian.
Kesesuaian bahan: bahan
ini sesuai kerana murid akan menulis petikan diatas dan guru akan berbincang
bersama-sama murid tentang isi kandungan petikan. Murid juga akan dapat
mengetahui isi petikan dan murid berupaya untuk menyampaikan maklumat yang tepat
menggunakan bahasa yang sopan santun kesan daripada pengajaran petikan yang
ditulis.
Ix. Menghasilkan penulisan
berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul;
Tajuk bahan: karangan
Kesesuaian bahan: bahan
ini sesuai dengan murid tahun 1 kerana murid akan dapat menghasilkan penulisan
berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal dengan betul berpandukan contoh
yang diberikan dan bimbingan guru. Penulisan ini memberikan gambaran awal atau
menceritakan semula sesuatu
peristiwa atau pengalaman yang telah dialami.
X. Mengedit dan memurnikan hasil
penulisan daripada aspek ejaan.
Tajuk
bahan: petikan
KLINIK 1 MALAYSIA
Rancangan penubuhan Klinik 1 Malaysia
yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2010 pada 23
Oktober yang lalu telah menjadi kenyataan. Objektif utama penubuhan Klinik 1
Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan
kepada penduduk di kawasan bandar. Pendekatan ini bersesuaian dengan konsep
“Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”Bagi merealisasikan
hasrat ini, kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun untuk menampung kos
operasi bagi 50 buah Klinik 1 Malaysia di seluruh negara.
Penubuhan klinik ini mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan
di kawasan bandar. Selain itu, klinik ini juga dapat mempertingkatkan
akses penduduk bandar yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan
rawatan perubatan ringan. Klinik 1 Malaysia dikendalikan oleh seorang penolong
pegawai perubatan dan seorang jururawat terlatih. Antara skop perkhidmatan yang
disediakan adalah meliputi perkhidmatan rawatan ringan, susulan kes penyakit
kronik, dan melakukan prosedur rawatan ringan. Klinik ini beroperasi setiap
hari bekerja bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan melibatkan
penggiliran syif bekerja. Semua Klinik 1 Malaysia dibuka di kawasan berpenduduk
melebihi 10 ribu orang dan boleh dihubungi dengan cepat dan mudah
Kesesuaian
bahan: murid membaca
senyap petikan ‘Klinik Satu Malaysia’. Guru meminta murid menulis perkataan
berimbuhan yang disebut. Murid bertukar jawapan sesama rakan untuk menyemak
ejaan. Guru menyebut 3 ayat dan murid menulis ayat tersebut. Murid bertukar
jawapan sesama rakan untuk menyemak ejaan. Murid menulis semula petikan yang
terdapat kesalahan ejaan yang diberi oleh guru. Murid mengedit serta memurnikan
hasil penulisan itu berdasarkan jawapan yang dipamerkan.
isi segera maklumat mengenai minggu 2..
ReplyDeleteHAHAHAHAHA